You are currently viewing Pengajaran bunga telur
gambar sekadar hiasan : tiada kena mengena dengan kenduri sesiapa.

Pengajaran bunga telur

Kemewahan dunia itu ibarat bunga telur. Masa menyiapkannya, nak yang terbaik untuk tetamu (atau untuk diri sendiri?). Tak apalah berbelanja lebih sikit, asalkan nampak cantik. Sekali ni saja. Bukan hari hari. Lagipun kita nak muliakan tetamu, buatlah elok sikit.

Macam macam justifikasi kita sediakan untuk belanja kat bunga telur tu. Dalil agama pun boleh korek kalau nak.

Masa kenduri, tetamu akan rasa dihargai, seronok dan gembira dapat bunga telur yang fabulous. Cantik, mewah dan unik. Mulut tetamu memuji tuan rumah.

Sehabis kenduri, bunga telur dibawa pulang ke rumah tetamu, telur dikeluarkan, dan bunga telur yang cantik tadi terus jadi tidak ada makna kepada sang tetamu. Maka diletakkan bersama sama perkara yang tidak lagi diperlukan di rumahnya (tong sampah). Sama sahaja dengan bunga telur yang murah, yang tuan rumah tidak lah berhabisan nak menyiapkannya, yang tidak perlu belanja besar untuk membelinya ; akan diletakkan di tong sampah jua.

Demikianlah kesenangan di dunia ini; sangat dialu alukan dan disukai, tapi apabila habis sahaja maksud kehidupan di dunia ini, kesenangan yang kita usaha bermati matian untuknya tidak lagi ada apa apa makna. Bahkan di akhirat kesenangan yang kita usahakan sampai kita abaikan agama itulah yang akan jadi beban bila ditanya sebutir sebutir bagaimana kita dapatkan kesenangan itu.

Nah, jom kita seimbangkan usaha kita dalam mencari kesenangan dunia dengan kita fahamkan yang ianya akan ditinggalkan, dan tidak menjadi apa apa nilai di akhirat nanti.

Leave a Reply