Suatu perkara dalam sistem pendidikan di madrasah adalah bagaimana kesan daripada amalan amalan soleh memberi impak terus kepada prestasi pelajar. Amalan amalan soleh yang disebutkan ini bukan terhad kepada solat, tilawah, zikir dan doa sahaja. Ianya merangkumi suasana dan kehidupan di madrasah secara holistik. Melestarikan suasana ini bukan mudah; ianya memerlukan 3 tonggak utama yang apabila lemah salah satunya, masalah demi masalah akan timbul di madrasah tersebut.
Kebolehan menghafal al Quran adalah suatu mukjizat al Quran, dan dengan mukjizat ada bantuan Allah kepada usaha menghafal itu sendiri. Kerana itu metodologi madrasah sangat menekankan perkara perkara yang zahirnya tidak memberi kesan langsung kepada hafalan pelajar, akan tetapi itulah perkara asas yang diberi penekanan kepada pelajar dalam usaha menjemput bantuan Allah semasa menghafal al Quran. Dalam urusan keduniaan, mekanisma hafalan itu yang diberi perhatian : konsentrasi, makanan tambahan, kaedah mnemonic dan sebagainya. Dalam urusan hafalan al Quran, perkara yang intangible seperti adab, suasana dan kepatuhan pada disiplin itu lah yang menjadi penekanan warga madrasah, kerana hafalan al Quran ini bukan sekadar mengingat ayat ayat dalam kitab al Quran, tetapi turut membawa akhlak al Quran itu sendiri di dalam diri pelajar.
Proses mendidik akhlak al Quran inilah yang memerlukan suasana yang terpelihara secara konsisten, dan ini memerlukan sokongan penuh daripada semua tonggak seperti ilustrasi di bawah :
Interaksi antara setiap tonggak seperti dalam grafik di atas diringkaskan pada ilustrasi jambatan antara tonggak tersebut. Antara pelajar dan guru : adab dengan guru dan disiplin harian adalah kritikal kepada kejayaan pelajar. Kesungguhan pelajar pula adalah pemecut (accelerator) kepada kejayaan pelajar. Interaksi antara ibu bapa dan guru adalah penting dalam memahami perkara perkara yang perlu dilakukan bagi
Untuk mencapai kekuatan tonggak tonggak di atas, perkara perkara berikut perlu disempurnakan :
Pelajar :
- Minat yang tinggi untuk menghafal al Quran
- Taat kepada guru
- Bersungguh sungguh untuk menghafal
Guru :
- Minat yang tinggi dalam bidang mengajar al Quran
- Selesa hidup dalam suasana madrasah
- Bersungguh sungguh dalam mendidik pelajar
Ibu bapa
- Meyakini sistem dan metodologi yang digunapakai di madrasah
- Memberi kepercayaan kepada madrasah untuk mendidik anak dengan metodologi yang digunakan
- Bersabar dengan peraturan madrasah
- Memberi sokongan dan galakan kepada pelajar untuk mengikuti sistem dan peraturan madrasah.
Kebiasaannya, untuk ibu bapa zaman moden, cabaran yang paling sukar dihadapi adalah :
1. tidak boleh membawa anak pulang ke rumah tanpa alasan darurat (kematian, sakit tenat etc).
2. Barangan peribadi yang terhad dibenarkan di madrasah. Di sinilah perlu nya kesabaran yang tinggi dan pengorbanan yang perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil pelajar yang cemerlang.
Sokongan padu ibubapa dalam memelihara suasana madrasah sangat penting dalam usaha kita membangunkan huffaz yang berkualiti tinggi. Semoga Allah membantu kita dalam usaha yang mulia ini.