Pembelajaran itu adalah suatu proses aktif. Seorang pelajar, tak kira muda atau tua, sepenuh atau separuh masa perlu memiliki keinginan yang tinggi untuk belajar dalam suatu sesi pembelajaran; barulah boleh dipanggil “sedang belajar”.
Dalam konteks pembelajaran dewasa, kita selalu hilang proses mentoring yang sentiasa ada (inherent) di dalam proses pembelajaran formal sewaktu zaman persekolahan. Mentoring yang berlaku adalah apabila 2 perkara ini wujud di dalam pembelajaran :
1. Guru yang bertindak sebagai mentor
2. Mindset pelajar yang merasa dirinya lemah dan lebih rendah daripada gurunya.
Keberaadaan guru di sisi pelajar sepanjang proses pelajaran yang berterusan untuk suatu waktu yang panjang memungkinkan proses mentoring : Guru bukan sahaja mendidik dalam topik tertentu sahaja tetapi secara tidak formal, guru subjek turut mendidik dalam bahagian bahagian lain pelajar. Pelajar pula berada di dalam mindset yang betul yang memungkinkan proses mentoring itu berlaku : tanpa mindset yang betul, mentor hebat pun tiada guna.
Jadi untuk pendidikan dewasa, belajar suatu perkara yang dianggap mudah (memelihara solat di masjid) pun sangat sukar berlaku kerana ketiadaan mentor dan mindset yang betul
Marilah kita sama sama meletakkan diri kita di dalam proses pembelajaran yang betul, kerana hanya apabila kita dapat amal sesuatu perkara dengan istiqamah barulah kita dikira telah “Belajar”.
Wallaahu a’alam.