Allah swt menceritakan tentang Nabi Ibrahim.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid) dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan-Nya.” (An Nisa 125)
Pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s adalah suatu petunjuk; apakah ciri ciri pengorbanan yang benar benar diterima oleh Allah sehingga ianya diingati beribu-ribu tahun kemudian, sehingga baginda a.s yang melakukan pengorbanan itu ditinggikan darjatnya, dimuliakan oleh jumlah manusia yang tak terkira generasi demi generasi dengan Namanya dan keluarganya disebut di dalam solat mereka sehari-hari. (selawat ibrahimiyah), Sehingga Allah isytiharkan keimanan baginda Ibrahim a.s hasil susah payah pengorbanan baginda a.s
Nabi Ibrahim telah diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangannya , Nabi Ismail a.s. Bayangkan kasih seorang bapa kepada anak lelaki sulungnya, yang selalu diziarahi, selalu diambil berat dan selalu bersama, diperintahkan kepadanya untuk disembelih ; namun apakah daya seorang hamba selain mentaati perintah Tuhannya?
Allah Zat yang maha adil dan maha mengasihai, hanya meletakkan syarat pengorbanan itu bukan untuk mengazab hambaNya, tetapi untuk memuliakan dan meninggikan darjat hambaNya, khususnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. Allah telah menggantikan Nabi Ismail a.s dengan Kibas, dalam keadaan hati kedua dua Nabi itu telah redha akan pelaksanaan perintah Allah yang tak dapat difikirkan keberatannya itu.
Pengorbanan di dalam agama tidak sedikitpun menambahkan khazanah Allah swt, tak sedikitpun menambah pada kemuliaaan Allah swt. Bahkan pengorbanan itu hanya untuk manfaat hamba-hambaNYA dan meninggikan darjat orang orang yang terpilih.

Al ANkabut : 64
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan akhirat).” (Surah al-Ankabut, ayat 64)