You are currently viewing <em>APA KERJA PELAJAR TAHFIZ?</em>

APA KERJA PELAJAR TAHFIZ?

Tugas Utama Pelajar Pelajar kita adalah memasukkan hafalan Quran dalam dada mereka sehingga sebati.
Satu orang boleh usaha untuk hafal, tapi belum tentu hafalannya sebati. Berapa ramai pernah hafal 30 juz al quran tapi hanya ingat sebahagian kecil sahaja.


Anak anak kita di Madrasah Tahfiz al Fath (MATAF) & Madrasah Tahfiz Fatimah Az Zahra (MAFAZ) (mataf.xyz), tak banyak beza dengan madrasah-madrasah dengan manhaj tradisional yang lain di serata dunia, memberi fokus Utama untuk menghafal al Quran dengan hafalan yang mantap. Tugas ni memerlukan mereka untuk melakukan ulangan yang banyak, yang terbahagi dalam 3 kategori :

  • Hafalan baru (Sabaq)
  • Hafalan terkini (Para sabaq)
  • Hafalan yang lepas (Amokhtah)

Contoh :
Ahmad telah belajar di MATAF selama 1 tahun, dan telah menghafal 6 juzuk setakat ini. Jadi pada sepanjang hari ini, dia membuat hafalan alquran untuk mukasurat pertama juz 7. Ahmad menghabiskan hampir 2 jam untuk menghafal 1 ms yang belum pernah dihafal, Bermula malam semalam dan bersambung sebelum subuh.

Selepas solat subuh, Ahmad berjaya menghantar 1ms Hafazan baru dihadapan pemeriksaan ustaz, Ahmad mengubah fokus untuk mengulangkaji 5 mukasurat terakhir juz 6 yang baru sahaja habis dihafalnya. Ahmad menghabiskan kira kira 1.5 jam untuk mengulangkaji 5ms ini.


Pada kira kira jam 10am, Ahmad Berjaya mengulang semua 5ms terakhir Juz 6 di hadapan pemeriksaan ustaz. AHmad terus mengubah fokus untuk mengulang semula hafalan hafalan lama. Semalam, ahmad telah ulang keseluruhan juzuk 2, Hari ini, tugas ahmad untuk ulangkaji keseluruhan juz 3.

Demikianlah tanggungjawab anak anak tahfiz kita dalam usaha memastikan al QUran masuk dalam dada kita. Ulangan yang agresif adalah kritikal untuk memastikan ingatan yang kuat.
Kita cuba bayangkan, berapa pula jumlah huruf huruf alquran yang telah disebut oleh anak anak tahfiz kita dalam proses sabaq, para sabaq dan amokhtah? Berapa banyakkah pula pahala dan rahmat yang mereka perolehi kalau setiap satu huruf dijanjikan 10 ganjaran?
Maha Pemurahnya ALlah, Allah swt menjanjikan pahala yang sama untuk mereka yang membantu dan menyokong para pelajar tahfiz ini. Pelajar pelajar tahfiz ini ada di depan mata kita, jangan kita lepaskan peluang untuk sama sama membantu menyokong dan mendukung usaha yang sangat mulia ini.


Kita boleh ambil bahagian dengan pelbagai cara : kita sendiri cuba menjadi hafiz dengan mula pada surah surah pendek, kemudian kita mengasihi pelajar pelajar dan asatizah madrasah, memberi sokongan moral, membantu dari segi tenaga dan masa, dan memberi sokongan dari segi wang dan harta. Ramai daripada kita telah pun secara istiqamah membantu secara one-off, secara harian (sedekah subuh), secara mingguan sedekah jumaat) dan secara bulanan (Tajaan).

Leave a Reply