Imam muda akhirnya khatam hafiz
Alhamdulillah, satu lagi khabar gembira dari Madrasah Tahfiz Al Fath (MATAF).Seorang lagi anak muda berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.…

Alhamdulillah, Allah menghadiahkan rezeki yang sangat indah buat MAFAZ — dua hari berturut-turut, dua hafizah al-Quran lahir daripada madrasah ini.
Tahniah kepada Nur Amiera Jassyella binti Kamarul Jeffri (khatam pada 12 Disember 2025) dan Siti Nurizzaty Zahra binti Azhar (khatam pada 11 Disember 2025).
Syukur atas kurniaan ini, dan tahniah juga kepada keluarga kedua-duanya. Semoga keberkatan al-Quran terus menaungi hidup mereka, serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar MAFAZ.
Terima kasih kepada semua yang menyokong — setiap huruf yang dibaca oleh anak-anak ini, insyaAllah menjadi saham pahala buat kalian.