Sebelum menjadi pelajar di MATAF, kami meletakkan beberapa syarat kemasukan yang penting untuk membantu kami memastikan pelajar yang lulus daripada MATAF adalah pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.
Syarat Kemasukan :
- Berumur 10-13 tahun
- Sihat tubuh badan dan mental
- Mampu membaca Al-Quran dengan lancar
- Mampu membaca/menulis tulisan rumi (bahasa melayu) dengan baik
- Sedia patuh dan taat segala undang – undang dan peraturan madrasah
- Tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah
- Tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah, tidak merokok atau vape
- Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan
- Sedia bersusah payah untuk menghasilkan ilmu
- Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah
Pihak Madrasah akan mengadakan sesi temuduga beberapa kali dalam setahun. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat atau sila rujuk pada taqwim (kalendar) Madrasah untuk mendapatkan tarikh temuduga.
Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan bapa/penjaga
- Sijil berhenti sekolah/madrasah terdahulu
- 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport
- Sijil-sijil yang berkaitan
Pengakuan Ibu/Bapa Penjaga
Saya memahami undang-undang dan peraturan Madrasah dan bersetuju untuk mematuhinya.
Saya di atas kapasiti saya sebagai ibubapa/penjaga/penaja pelajar tersebut di atas mengambil tanggungjawab untuk membayar yuran bulanan seperti yang ditetapkan pihak Madrasah.
Saya membenarkan penggunaan rotan (tidak keterlaluan) ke atas anak saya dengan tujuan pengajaran.
Dengan ini saya bersetuju bahawasanya :
- Ibu bapa pelajar tidak boleh sama sekali mencampuri urusan pentadbiran Madrasah. Sebarang maklumbalas hendaklah di beri kepada Mudir secara bertulis.
- Pihak Madrasah akan memberi yang terbaik sebagai langkah keselamatan pelajar, tetapi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecelakaan mental dan fizikal yang menimpa ke atas pelajar sepanjang berada di dalam atau di luar Madrasah.
- Permohonan cuti di waktu kelas akan di tolak sama sekali kecuali kes kematian atau kemalangan.
- Permohonan cuti untuk kenduri kahwin,tahlil,aqiqah,bertunang dan sebagainya yang menggangu waktu kelas akan di tolak tanpa kompromi.Permintaan untuk balik awal tanpa sebab munasabah akan di tolak.
- Ketetapan masa sangat di titik beratkan. Tindakan disiplin akan di ambil ke atas pelajar yang pulang lewat ke Madrasah.
- Sebarang peralatan yang di jumpai pada pelajar (iaitu barang larangan) akan di rampas. Terpulang sepenuhnya kepada pentadbiran Madrasah untuk melakukan apa yang sepatutnya kepada barangan tersebut. Ibu bapa pelajar tiada hak lagi ke atas barangan tersebut.
- Pihak Madrasah akan memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa pelajar jika terdapat sebarang pembaharuan ke atas barang larangan.
- Pihak Madrasah mempunyai hak sepenuhnya untuk menggantung/memberhentikan pelajar yang didapati tidak layak secara akademik dan akhlak daripada menyambung pelajarannya di Madrasah.
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM500. Pembayaran harus di buat setelah pelajar di terima masuk ke Madrasah.
Yuran Bulanan (asrama)
Yuran bulanan adalah sebanyak RM350. Pembayaran harus di buat selewat-lewatnya sebelum 10hb setiap bulan atau terus ke akaun Madrasah dan serahkan/email slip pembayarannya.
Madrasah Tahfiz Al Fath
Maybank – No Akaun 555171529242