Falsafah Pendidikan MATAF
Pendidikan di madrasah dengan manhaj (approach) tradisional deobandi menekankan elemen fokus di dalam pengajian; penekanan maksimum diberikan kepada penghafalan al-Quran di samping memberikan pendedahan asas kepada juzuk juzuk agama yang lain.
Sebahagian daripada kita bertanya, mengapa pelajar-pelajar tidak diserapkan dengan sebanyak mungkin bidang ilmu pada usia yang segar untuk menerima input. Jawapannya jelas pada manhaj fokus yang nyata, dan seperti yang dijelaskan oleh pakar motivasi, Simon Sinek; “WHY” yang jelas membentuk falsafah dan kaedah pendidikan yang membentuk silibus yang digunakan di MATAF. “Why” untuk MATAF adalah membentuk generasi baru dengan didikan al Quran : Memasukkan al Quran ke dalam jiwa pelajar melalui hafazan, dan memasukkan al Quran ke dalam akhlak pelajar melalui tarbiah dan suasana di MATAF.
Objektif
MATAF ditubuhkan atas rasa tanggungjawab meninggikan kalimah Allah di dunia umumnya dan di kawasan setempat khususnya, dengan keyakinan bahawa dengan Kalimah Allah inilah mereka yang terlibat secara langsung atau tidak akan menjadi rapat kepada Yang Maha Mencipta kerana tidak ada perkara yang lebih merapatkan kita kepada Allah melebihi kalam-NYA.
Untuk mencapai objektif ini, kesemua elemen yang menjadi tonggak kepada MATAF perlu di melalui proses pemilihan, pembangunan dan perkembangan yang lestari untuk memastikan sasaran MATAF dapat diperolehi.
Sasaran asas bagi mencapai objektif ini adalah melahirkan huffaz yang berkualiti tinggi dan lulus ujian Syahadah : mampu membaca 30 juzuk al quran melalui hafalan dihadapan pemeriksa dengan kesalahan yang minima. Kami menyasarkan proses untuk menjadikan seorang murid menjadi hafiz yang berkualiti tinggi untuk tercapai dalam tempoh 3 tahun atau kurang. Sasaran yang kompetitif ini memerlukan tonggak MATAF dikekalkan dalam keadaan utuh dan lestari.
Kami menyasarkan pelajar pelajar MATAF menamatkan pengajian tahfiz dengan membawa bersama mereka hafazan yang mantap melalui pensijilan Syahadah serta akhlak yang terpuji, hasil didikan dan suasana kesolehan yang berterusan di MATAF. Kami juga menyediakan pilihan untuk graduan tahfiz untuk melanjutkan pelajaran :
1. Mengambil SPM melalui program ‘fast track’; untuk membuka pelbagai peluang lain di bidang akademik dan kerjaya
2. Mengambil pengajian kitab secara tradisional di institusi yang terkemuka.
Silibus
- Hafazan ayat ayat baru
- Ulangan Hafazan ayat yang baru dihafal
- Ulangan Juz-juz lepas
- Rutin Ibadah dan amalan amalan sunat dan zikir harian
- Kelas asas asas agama (Fardhu Ain, Tajwid, Akhlak, Fiqh, Tasauf)
- Khidmat Harian dan mingguan
- Aktiviti Ko Kurikulum mingguan
Lazimnya, lulusan institusi tahfiz tradisional dengan manhaj Deobandi memiliki hafazan yang lebih kuat setelah mereka tamat pengajian dan melewati zaman dewasa. Berkat kaedah yang lebih intensif, Allah mengurniakan ingatan yang lebih kuat kepada pelajar pelajar sebegini. Penekanan yang sangat penting diberi kepada mengulang hafalan lama dengan meletakkan lebih banyak sesi tasmi’ dengan ustaz untuk hafalan baru, hafalan lepas dan hafalan yang lama lama. Sesi tambahan untuk menyemak hafalan lepas dan hafalan yang lama lama inilah yang menghabiskan masa dan tenaga harian untuk pelajar pelajar. Penambahan matapelajaran yang lain seperti pelajaran akademik akan menyebabkan usaha untuk menguatkan hafalan terganggu, dan kualiti hafiz yang dihasilkan akan merosot teruk.
Apa guna digelar hafiz al Quran kalau tidak dapat mengingati al Quran?
Lebai Anonymous