Futsal Mahabbah 2022 anjuran Persatuan Institusi Tahfiz dan Pondok Negeri Sembilan telah dianjurkan dengan jayanya dengan izin Allah swt pada Sabtu 27 Ogos 2022. Sebanyak 40 madrasah di seluruh Negeri Sembilan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan futsal ini.

Inilah pertama kali MTF menghantar pasukan ke pertandingan futsal, dan daripada 4 perlawanan, MTF berjaya memenangi 1 perlawanan, alhamdulillah.

Walaupun tidak bergelar juara, namun warga MTF yang terlibat telah mengalami hari yang menyeronokkan bersama sama warga madrasah madrasah yang lain.

Wakil MTF ke pertandingan Futsal Mahabbah 2022