Assalamualaikum semua.
Minta ingatkan kepada anak anak, sekarang ini bukan waktu cuti. Disiplin harian mesti dijaga.
Untuk memudahkan ibu bapa mengawal disiplin, letakkan setiap aktiviti hafalan setiap waktu solat dan larang semua aktiviti tengok tv atau handphone selagi boleh. Kalau tak mampu, hadkan aktiviti main game atau tengok tv pada WAKTU MAIN SAHAJA (5pm – 6.30pm). Selain daripada itu, tiada penggunaan TV atau Handphone. Untuk penggunaan handphone, larang mereka daripada menggunakan media sosial seperti FB, Instagram. Untuk kegunaan komunikasi dengan rakan rakan, pantau sepenuhnya komunikasi mereka.
Urusan menjaga disiplin anak anak sebegini sememangnya berat bagi ibu bapa sebab ibu bapa kena mainkan peranan ustaz dan warden, yang mana memang memenatkan kalau kita tak biasa. Disiplin guru dan warden sememangnya tinggi, dan di masa MCO ini ibu bapa kena mengambil disiplin ini bagi mengelakkan kualiti anak merudum keterlaluan sebelum sesi madrasah bermula semula insya ALlah.
Semoga Allah selamatkan kita daripada wabak dan selamatkan hafalan anak anak kita.