Semasa PKP, (dan pelbagai variasi selepasnya), anak anak kita semuanya terpaksa berkurung di rumah dan tidak dapat menyertai kelas seperti biasa. Pelajaran secara konvensional menurut kaedah yang digunakan oleh institusi masing masing terhenti, dan terpaksa digantikan dengan kelas online.
Kelas alternatif secara online ini sedikit sebanyak membantu kekosongan pelajaran akibat PKP, namun manfaatnya kepada anak jauh ketinggalan berbanding kelas secara konvensional di bilik darjah.
Kekurangan ini secara khusus memberi impak negatif yang besar kepada pelajar pelajar madrasah. Usaha berbulan bulan sebelum pkp melalui rutin yang agresif dan suasana yang sangat terkawal di rosakkan dengan ketiadaan disiplin dan suasana madrasah di rumah rumah sendiri. Seperti seorang yang menjaga berat badan, berbulan bulan menjaga diet dan rutin workout sehingga mendapat tubuh yang cantik, Fit, cergas ; terpaksa duduk di suasana yang berbeza selama 4 bulan : tidak menjaga diet dan rutin latihan dengan sempurna. Maka badan yang fit dan berotot sudah jadi berlemak dan lembik.
Demikianlah analogi anak anak madrasah kita, ingatan kepada hafalan juz juz sedia ada sudah pudar dan perlu dikuatkan kembali. Oleh itu untuk 4 bulan yang akan datang untuk pelajar hafiz, tumpuan akan diberikan kepada mengembalikan hafalan hafalan lama, dan tiada hafalan baru akan diminta daripada pelajar. Untuk pelajar nazirah, pelajaran baru diteruskan seperti biasa.
Suka saya ingatkan sasaran kita adalah hafiz Quran dengan hafalan yang berkualiti. Hafiz Quran dengan kelulusan syahadah. Bukan hanya bergelar hafiz tetapi tak ingat 80% daripada al Quran.
Saya minta semua ibu bapa buat solat hajat khusus untuk anak anak dengan memohon Semoga Allah mudahkan urusan kita.