You are currently viewing Merdeka dalam suasana madrasah

Merdeka dalam suasana madrasah

Dalam suasana sambutan hari kemerdekaan, kita syukuri nikmat yang ramai daripada kita tak sedar kita miliki. Usaha sambutan ini adalah untuk mengingatkan yang kemerdekaan ini sangat tinggi nilainya. Mana mungkin anak anak pasca merdeka memahami mahalnya harga sebuah kemerdekaan! Kerana itulah sambutan dilakukan tahun demi tahun untuk mengembalikan rasa syukur ini.

Masuknya seorang pelajar ke suasana kehidupan madrasah turut merupakan suatu kemerdekaan. Kemerdekaan ini hanya difahami pada mulanya oleh ibu bapa yang sangat merisaukan masa depan anak anak mereka. Kemerdekaan yang terhijab oleh perkara yang membelenggu itu sendiri : kebebasan yang membunuh jiwa, keseronokan yang menghancurkan peribadi, pengaruh dunia yang melumpuhkan agama.

Kemerdekaan ini tak dapat difahami oleh pelajar pelajar pada awalnya ; hanya apabila mereka sudah tamat pengajian dan dikurniakan oleh Allah kefahaman dalam agama baru mereka akan dapat menilai kemerdekaan dengan penilaian yang sebenar.

Mari kita zahirkan syukur pada Allah atas nikmat kemerdekaan negara kita daripada pemerintahan yang tidak Mentauhidkan Allah, dan atas nikmat kemerdekaan anak anak kita daripada pengaruh liar kehidupan anak anak muda di zaman moden.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 63. MERDEKA!

This Post Has One Comment

  1. Syurabro

    Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 63. MERDEKA! 2020

Leave a Reply