Infaq bersasar : memenuhi keperluan, mengundang berkat

Jemput semua untuk tengok list keperluan madrasah di :

https://mataf.xyz/infaq/keperluan-infaq-terkini/

Biasanya kami tidak mewar warkan keperluan madrasah pada umum. Apa apa keperluan kami mesyuaratkan dengan Ahli Lembaga Madrasah dan sukarelawan dan kami cari penyumbang untuk selesaikan keperluan. Alhamdulillah dengan kaedah itu Allah sempurnakan keperluan keperluan madrasah.

Walaubagaimanapun, sejak sekian lama, banyak dermawan dari ahli kariah Lavender Heights yang tampil bagi pelbagai jenis sumbangan kepada MATAF, dan semangat dan kesungguhan mereka dalam memberi sumbangan menyebabkan kami rasa rendah diri dan kagum dengan kemurahan hati mereka. Baru baru ini mereka memohon agar kami senaraikan peluang peluang infaq sebab ada antara mereka yang ingin turut merebut peluang infaq kepada madrasah.

Maka untuk memenuhi permohonan dermawan tersebut saya sediakan page khas untuk menyenaraikan keperluan keperluan madrasah untuk dikongsi bersama dengan para dermawan.

https://mataf.xyz/infaq/keperluan-infaq-terkini/

Segala puji bagi ALlah yang telah menyelamatkan madrasah kita daripada pergi meminta minta daripada orang awam dan secara umum, dan kami mohon semoga Allah lindungi MATAF daripada amalan tersebut. Sebab itulah tawaran ini pun kami buat secara tertutup dan tidak diwar-warkan secara besar besaran. Tuan Puan dipersilakan untuk berkongsi peluang infaq ini dengan rakan taulan berdekatan, tetapi saya harap ianya tidak di iklankan secara umum atau di media sosial.

Suka saya ingat kan kepada semua ibu bapa dan dermawan, jika ingin menyumbang makanan kepada madrasah, mohon maklumkan kepada Imam Syah Rezan di 0193336727 atau Faiz 0123774996 SEHARI SEBELUM tarikh.

Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran di madrasah. Pembaziran kerap berlaku apabila sumbangan makanan dihantar dalam keadaan madrasah sudah pun menyediakan makanan pelajar.

Limpahan makanan adalah suatu pekara yang kami sangat sangat nak elakkan di madrasah. ini adalah untuk mendidik anak anak kita bersyukur dan bersifat Qanaah. Berlebihan dalam apa apa perkara akan menyuburkan sifat tidak bersyukur dan tidak pandai menghargai.

Semoga Allah terima infaq diri harta masa kita semua insya ALlah

Leave a Reply