Smartphone pada orang kita ,
seumpama keris di zaman hang tuah,
umpama nasi memerlukan kuah,
umpama pistol si koboi berkuda,
umpama tongkat bagi sibuta,
umpama tasbih sang zakirin,
umpama pen untuk seorang murid
hilang ia, bagai matahari tak terbit.
Tak boleh walau seketika ditinggalkan!
Connectivity pada zaman ini telah dijadikan kemestian,
disokong padu oleh ngo dan kerajaan,
seluruh ceruk kampung mesti ada capaian.
Capaian melata tidak terkata,
Sekatan dibuka tanpa sempadan
anak remaja tiada berdaya
menahan goda tiada tauladan
Tiada sekatan apa pun boleh
ditonton terbeliak segala di maya
ibu bapa tiada menoleh
disangka si anak rajin membaca
Oh kesayangan apa nak jadi
alat gempak menjadi badi
rosak fikiran lelah jasmani
mana bapak nak hantar jampi
Sang ustaz datang memujuk
jangan risau bang sinilah duduk
madrasah tempat islah sang anak
kawal disiplin kurangkan galak
Malam siang berkepit al Quran
adab dibentuk akhlak ditempa
Dalam dulang terhidang makanan
Sunnah dipupuk jiwa selesa
Smartphone tiada tv pun sama
Libur dan rehat gaya pusaka
sukan ada santai pun ada
pergi melawat sekali sekala
Rakan sebaya matang bersama
berpaksi agama dituntun ulama
Ibu bapa waris segala
Nafas lega boleh dihela
Lebai Marshall
Khamis 24 Dis 2020