Silibus pendidikan 3M di madrasah : suatu permulaan

Konsep mengajar subjek 3m di madrasah juga tak sama dengan di sekolah biasa. Antara lain kesukaran nak dapatkan guru yang sesuai untuk mengajar. Yang kedua adalah feasibility untuk bilangan kelas, memang tak viable nak adakan kelas darjah 1 sampai darjah 6 asing asing atas sebab kesediaan guru dan kos yang mungkin terlibat.

Jadi sasaran awal saya adalah wujudkan satu sistem dengan ciri ciri berikut :

  1. Semua pelajar melalui penilaian (assessment) untuk lihat tahap kemahiran
  2. Susun Silibus untuk pelajar. Silibus untuk madrasah tak boleh bulat bulat ikut Silibus sekolah rendah sebab matlamat kita berbeza.

Saya dah cari cikgu agak lama jugak, jadi saya tak tunggu. Saya dapati Ust Ibrahim capable untuk handle Benda ni, bijak untuk analyse dan jugak minat mengajar. Jadi saya start dulu.

Kalau tuan puan ada guru lelaki yang sesuai, boleh rekemen kat saya ya.

Jazakallaahu khairan

Leave a Reply