Tazkirah Jumaat 28 Mei 2021

Allah Berfirman dalam surah Yasin ayat 65 :

Setiap amalan kita akan dihisab di akhirat kelak. Hingga sekecil kecil amalan yang diibaratkan sebesar zarah pun akan dikira. Zarah yang dimaksudkan ditafsirkan oleh sebahagian mufassir adalah seperti habuk yang terapung diudara yang kitab oleh lihat dalam sinaran terik matahari yang masuk dalam bilik yang gelap. Sekecil itu yang kita rasakan tak ada apa apa nilai, pun akan dikira di akhirat kelak.

Amalan amalan yang kita lakukan sama ada baik atau buruk akan diambil laporan , termasuklah daripada anggota badan kita sendiri . Dalam Surah Yasin ayat 65 diberitahu kepada kita :

Bumi yang kita pijak akan turut jadi saksi kepada amal baik dan buruk kita seperti yang disebut dalam surah al Zalzalah ayat 4 :

Kerana itu sebahagian Ulama menasihati kita agar banyak berbuat amalan soleh, khususnya jika kita ada berbuat dosa di sesuatu tempat, agar bumi akan menceritakan kebaikan kita di samping dosa yang kita lakukan di tempat itu.

Di zaman fitnah ini, ulama ulama  kita menasihatkan agar kita menghidupkan 2 perkara : Keluar jalan Allah , dan Hidupkan amalan abadi masjid setakat mana yang kita mampu dan hidupkan amalan dakwah. Kita sudah berkali kali diminta untuk menyediakan diri menjadi pembela umat ini, bilakah kita sedia untuk menyahut permintaan tu. Sebagaimana yang dikisahkan dalam al Quran :

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. – As Saff : 14

Leave a Reply