Tazkirah Jumaat 4 Jun 2021

Dalam perkara iman, semua kita diuji untuk meyakini kekuasaan Allah yang sering terhijab daripada pandangan mata. Hijab ini adalah untuk orang yang malas berfikir, padahal kekuasaan Allah sentiasa terpapar di sekeliling kita pada setiap masa dan keadaan, namun hanya jelas untuk orang orang yang Allah gelarkan sebagai ‘Ulul Albab’.

Allah Berfirman dalam surah aali Imran ayat 190 :

Ulul Albab ini bukannya orang sebarangan, kerana mereka ada ciri ciri khusus yang Allah sebut seperti berikut :

Setiap perkara yang kita hadapi semasa kita hidup ini dalam keadaan suka atau duka, semuanya adalah ciptaan Allah dengan kehebatan design dan ciptaan yang maha hebat, tak terjangkau pada fikiran kita. Perkara yang kita tak ambil endah seperti pancaran air mani,. didalamnya ada purata 180 juta sel sperma yang mengandungi maklumat DNA yang sangat banyak. Jumlah maklumat genetic di dalam HANYA satu sel sperma adalah menyamai 135,000 Terabyte. Jika data ini disimpan di dalam thumbdrive yang bersaiz 64 Gigabyte, kita memerlukan lebih 2 Juta thumbdrive hanya untuk menyimpan maklumat yang terkandung di dalam satu sel sperma. Yang mada ada 180 juta sel sperma di dalam pancaran mani seorang lelaki.

Allah telah tanya dalam surah al Waqiah ayat 58-59 :

Renungkanlah ciptaan Allah yang kita hadapi sekarang ini, kesemuanya adalah ciptaan Allah yang Maha Mengetahui dan yang Maha Mencipta. Mohonlah kepada Allah yang mencipta semua makhluk yang Nampak dan tak Nampak, Yang mencipta semua jenis penyakit,  Yang yang mengizinkan kemudaratan, dan Yang mengurniakan kesembuhan, dan Yang meluaskan kesempitan, dan Yang mengizinkan amalan amalan soleh untuk dilakukan; agar diangkat musibah yang dikenakan keatas kita, dan agar diampunkan dosa dosa kita, dan agar Allah lindungi kita daripada keburukan diri diri kita, keburukan semua makhluk dan daripada mudarat wabak ini.

Leave a Reply