Tazkirah Jumaat 11 Jun 2021

Surah Al Bayyinah ayat 7-8

Allah Taala telah jadikan dunia ini sebagai tempat ujian, dan syurga sebagai tempat balasan. Orang orang yang beriman akan melakukan perintah perintah Allah dalam keadaan senang atau susah, yang antaranya adalah memberi bantuan dan manfaat kepada orang lain yang memerlukan bantuan.

Allah janjikan nikmat dalam syurga untuk orang beriman, antaranya adalah minuman minuman khas yang lazat, dan dalam jumlah yang tak putus putus, dan boleh didapati bila bila masa sahaja.

Allah Berfirman dalam surah al Insan ayat 5-6 :

Minuman di syurga adalah minuman yang tak dapat dibandingkan dengan minuman paling lazat di dunia ni. Allah bagi kepada orang beriman dalam keadaan boleh dialirkan di rumah masing masing di syurga nanti, dengan sebanyak banyaknya dan semahu mahunya. Alirannya bukan macam air paip, tapi lebih macam air terjun yang mengalirkan minuman yang sangat nikmat.

Itu adalah salah satu nikmat daripada jutaan nikmat, yang Allah beri kepada orang beriman kerana amalan mereka seperti yang disebut dalam surah yang sama ayat  : 7-10

Ciri ciri ahli syurga yang Allah sebutkan dalam ayat di atas, adalah mereka menyempurnakan janji janji mereka kepada Allah semasa mereka hidup di dunia, dan dalam hati mereka ada ketakutan kepada Allah dan kepada kedahsyatan hari akhirat yang azabnya sangat berleluasa. Mereka infaq kepada orang yang memerlukan perkara perkara yang mereka sukai, dan mereka tak ada sedikitpun perasaan inginkan penghargaan atau balasan daripada infaq mereka.

Semoga Allah semua jadikan kita sebagaimana orang yang Allah sebut di atas, dan kita usaha masukkan sifat sifat takut kepada Allah dan hari akhirat, serta sifat mengasihi orang miskin dalam diri kita.

Leave a Reply