Tazkirah Jumaat 9 Jul 2021

Allah swt menceritakan tentang kisah 3 orang nabi diturunkan ke sebuah kampung atau qaryah untuk mendakwahkan penduduknya kepada Allah swt.  Dalam surah Yaasin diceritakan :

Kisah bagaimana 2 orang nabi telah diturunkan, kemudian telah didustakan oleh orang orang di situ. Kemudian nabi yang ketiga telah diturunkan untuk menguatkan 2 orang nabi tadi, dan perbahasan berlaku antara nabi nabi dan penduduk kampung yang degil. Penduduk kampung itu berkeras dan memperkecil kecilkan nabi nabi yang dihantar, dan nabi nabi tersebut telah diancam bunuh oleh penduduk kampung tersebut.

Apa yang berlaku, seorang lelaki yang bukan daripada penduduk kampung itu, yang tinggal di hujung bandar, yang mana ulama tafsir menghuraikan lelaki tersebut adalah daripada kaum yang tidak bertemu dengan nabi nabi tersebut. Lelaki itu berlari datang kepada kumpulan penduduk yang mendustakan nabi nabi itu. Yang perlu ditumpukan adalah perkataan

iaitu berlari. Ulama tafsir menghuraikan, dalam perkataan ini terhimpun sifat daie sejati. Dia berlari dengan kudrat kakinya, bukan menunggang kuda, atau unta, yang menggambarkan dia tak memiliki harta untuk melakukan dakwah, namun dia berlari dengan kakinya : dia menggunakan apa apa sahaja yang Allah telah beri padanya untuk melakukan usaha agama. Dan dia bukan berjalan, bukan hanya datang, tetapi Allah menceritakan dia berlari, yang menunjukkan dia datang dengan penuh sense of urgency,  penuh penting dan keperluan yang mendesak. Lelaki tadi apabila sampai kepada penduduk kampung yang berdusta tadi, terus bercakap dengan penduduknya : 

Dia mengajak penduduk kampung itu dengan perkataan “wahai kaum ku” iaitu perkataan yang menunjukkan kasih saying dan rasa dekat kepada orang yang di ajak, dan bukannya “wahai kafir” atau “wahai pendusta”. Dia tidak membiarkan dirinya yang bukan nabi, dan tak pernah berjumpa nabi untuk menjadi alasan tidak melakukan dakwah kepada kaumnya.

Kisah ini masih Panjang, pendek cerita lelaki tersebut dimasukkan kedalam Syurga. Banyak lagi huraian daripada kisah ini dan pengajaran yang boleh didapati, tetapi untuk kali ini, cukuplah kita mengambil iktibar beberapa perkara daripada kisah ini : kita buat kerja agama dan buat dakwah dengan apa  yang ada pada diri kita, bukan nak tunggu kaya dan berharta. Kita buat kerja agama dengan sense of urgency, atau perasaan terdesak dan bersungguh sungguh melaksanakan kerja. Dan kita tak menjadikan alasan  kejahilan atau status kita dalam masyarakat sebagai alasan untuk tidak melakukan dakwah. Semoga Allah jadikan kita temasuk dalam golongan yang menjadikan dakwah sebagai kerja utama

Leave a Reply