Allah swt menceritakan tentang orang yang mendustakan agama. Allah menggunakan perkataan “Yukazzibu biddin” (dia yang mendustakan agama) dan bukannya “yakfuru biddin” (dia yang mengingkari agama). Orang yang mendustakan agama ini adalah orang yang mengetahui kebenaran agama akan tetapi tetap menyatakan agama ini salah serta menggambarkan agama ini sebagai suatu penipuan. Beza dengan orang yang ingkar, keingkarannya adalah kerana tidak percaya atau tiada keyakinan. Orang yang mendustakan agama adalah secara sedar memusuhi agama kerana menuduh agama sebagai dusta. Dan perkataan
digunakan, bukannya kazzaba contohnya
surah AL Lail (16), dalam perkataan
itu mengandungi mafhum yang mana pelakunya secara berterusan mendustakan agama, walaupun kebenaran demi kebenaran telah sampai jelas padanya.
Secara kasarnya surah al Maún menceritakan sifat sifat orang yang mendustakan agama. Sifat-sifat mereka yang mula mula diceritakan adalah bagaimana mereka ini tidak memiliki ihsan kepada sesama manusia. Ini digambarkan melalui ayat :
: merekalah yang menghalau anak yatim dengan kasar. Ulama tafsir menghuraikan anak yatim ini adalah anak kecil yang kematian ibu bapa, yang mana menggambarkan kelompok manusia yang tiada pembela, tiada pembantu dan tiada tempat mengadu. Sifat yang buruk ini sehingga tidak ada kasihan kepada kelompok manusia yang sebegini adalah sifat sifat orang yang mendustakan agama. Mereka juga tidak mengajak, tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin. Ini sifat yang sangat buruk, sehingga tak berkeinginan langsung untuk membantu orang susah. Punya lah tak nak bagi makan pada orang miskin, hingga menyebut dan menggalakkan orang lain pun dia tak nak buat, padahal memberi makan orang yang lapar itulah sifat ahli syurga, sebagaimana yang disebut dalam surah al Insan :
: mereka memberi makanan, kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan, makanan yang mereka sendiri suka dan mereka hajatkan.
Kemudian Allah tukar topik dalam ayat yang berikut :
: Maka Kecelakaan besar ke atas orang yang bersolat. Allah guna perkataan musollin, yang memberikan mafhum orang orang yang rajin bersolat. Ini membuka mata semua orang yang bersolat, semua orang kena ambil perhatian. Orang yang bersolat tetapi masih dalam kecelakaan adalah :
mereka yang melayan perkara perkara solat mereka dengan cuai. Ulama tafsir menyebut orang orang yang saahin adalah mereka yang melengahkan solat, solat di akhir waktu dengan sengaja, solat dengan tak menyempurnakan keperluan keperluan solat, sengaja meninggalkan solat di masjid, orang yang tidak menjadikan solat sebagai agenda penting dalam jadual harian : program harian tidak berkisar di sekitar solat, tapi solat pula yang disusun sekitar program harian. Untuk golongan ini, solat dirasakan sebagai satu beban dan halangan dalam program harian. Mereka ini disebut sebagai celaka, kerana solat adalah perkara yang paling penting selepas iman. Solat adalah garis pemisah antara iman dan kufur. Solat adalah perkara amalan pertama yang akan dihisab sebelum semua amalan amalan lain. Meringan-ringankan rukun islam ini adalah termasuk dalam kecelakaan yang besar. Satu lagi sifat orang yang mendustakan agama, yang meringan-ringankan solat, adalah mereka akan menunjuk nunjuk amalan solat mereka :
mereka yang berkeadaan riak. Sifat riak ini zahir apabila mereka menjadikan solat yang baik apabila dilihat manusia, dan solat mereka ditinggalkan atau diringan-ringankan apabila mereka bersendirian. Rukun rukun solat disempurnakan bila solat berjemaah di masjid, pergerakan yang tawajjuh, wajah yang khusyuk. Bila bersendirian, tomakninah pun ditinggalkan, lafaz lafaz alfatihan dan tahiyat yang merupakan rukun qauli pun antara dilafazkan dan tidak.
Surah dimulakan dengan menyebut kezaliman pendusta agama kepada sesama manusia, kemudian menukar topik tentang kecelakaan orang yang meringankan solat dan suka menunjuk nunjuk. Sebahagian ulama tafsir menyatakan kedua dua ini adalah golongan yang sama, kerana apabila mereka tidak ada masalah menzalimi makhluk, menzalimi perkara yang zahir di hadapan mereka, maka mereka juga tak ada masalah melakukan kesalahan kepada Zat yang ghaib iaitu meringan ringankan solat mereka. Selepas itu Allah tukar semula topik kepada sifat mereka yang menzalimi makhluk : mereka menahan diri mereka daripada memberi/bersedekah walaupun perkara perkara kecil :
. Majoriti ulama tafsir menafsirkan al maun itu sebagai zakat. Jumlah zakat 2.5% itu adalah sangat kecil, namun masih lagi tidak diberikan kepada yang berhak. Ulama tafsir yang lain menyebut maksud asal al maun adalah perkara perkara yang jika diberi atau diberi pinjam, maka tidak akan luak atau tidak langsung menyusahkan si pemberi, seperti memberi pinjam cangkul atau baldi. Sifat ini menunjukkan kezaliman yang besar, yang mana maksud menahan pemberian yang kecil ini bukan nya sebab takutkan kerugian, akan tetapi sifat ingin menambahkan kesakitan orang orang yang dah sedia susah.
Marilah kita usaha untuk sempurnakan solat kita dan sempurnakan hubungan sesama manusia dengan berbuat baik dan bersedekah kepada anak anak yatim dan orang miskin. Ya Allah lindungi kami dan ahli keluarga kami daripada tergolong daripada menjadi golongan yang mendustakan agama.