
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam, yang telah mengizinkan MAFAZ untuk julung-julung kalinya menghasilkan seorang hafizah al Quran.
Hati kami penuh dengan kegembiraan dalam mengisytiharkan pelajar berikut telah berjaya menghabiskan hafalan 30 juzuk al Quran :
๐Nama : Siti Zulaika binti Hazrami
๐Tarikh Khatam : 19 Ramadan 1444 / 10 Apr 2023
๐Tempoh Khatam : 2 Tahun 1 Bulan (termasuk tempoh PDPR)
Tahniah kepada ibu bapa Zulaika, seorang lagi ahli keluarga kalian sudah menjadi seorang hafiz al Quran.
Tidak dilupakan kepada semua pendokong madrasah dari segi harta, tenaga dan sokongan moral, setiap huruf bacaan al Quran yang dibaca oleh adik Zulaika dan pelajar pelajar MAFAZ turut diganjarkan pada kalian Insya Allah; kerana memudahkan urusan pelajar pelajar MAFAZ khususnya adik Zulaika dalam menamatkan pengajiannya di MAFAZ.
Semoga ini menjadi titik pencetus kepada lahirnya lebih ramai para hafizah al Quran dari Madrasah Tahfiz Fatimah Az Z