Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Kuala Terengganu
November 12 at 5:03 PM
Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim
November 12 at 3:20 PM
·
SEGERA KHATAM 30 JUZUK?
1. Pada dasarnya, menamatkan hafazan Quran dgn segera adalah perkara baik dan mulia.
2. Namun, saya menyeru kepada para ibu bapa, usah diletakkan PENANDA ARAS seorang hafiz,/hafizah ialah cepatnya ia menamatkan hafazan AlQuran di sekolah atau maahad Tahfiz.
3. Ini kerana sangat banyak hafiz dan hafizah kini, tidak “INGAT” Quran yg dihafaznya.
4. Ramai pelajar2 saya di univ, adalah lepasan sekolah atau maahad tahfiz. Namun setiap kali kuliah, bila saya membaca satu ayat dan bertanya di surah manakah ayat tersebut? mereka akan terpinga2 walhal mereka semua lulusan tahfiz.
5. Ini bermaksud wpun mereka lulusan tahfiz tapi tidak melakukan murajaah (ulangan), maka AlQuran pasti dilupai.
6. Saya pernah berdepan beberapa situasi, iaitu seorang yg hafiz alQuran dan dapat SYAHADAH (khatam ulangan 40 kali dihadapan guru serta lulus peperiksaan) tetapi setelah dia bekerja (bidang lain yg tidak berkaitan Quran ), apabila di tanya tentang hafazan Quran, dia menunduk sedih, “saya lupa hampir semuanya.”
7. Begitu pula, ada kaedah cepat HAFAZ QURAN 6 BULAN, 3 BULAN, 1 BULAN (yg dipopularkan di Indonesia sebelum ini) mereka ‘pulun’ hafaz pagi petang malam, hingga khatam 30 juzuk demi mengejar gelar hafiz.
8. Lalu saya bertemu dgn beberapa dari mereka dan bertanya ayat2 awal surah sahaja, mereka tak mampu mengingatinya.
9. Justeru, usah di kejar, SEGERA HAFAZ, tapi kejar HAFAZ DAN ULANG.
10. Saya tidak memberi tekanan kpd anak2 yg saya hantar ke sekolah tahfiz, utk segera khatam 30 juzuk. Mencukupi anak mengikuti silibus dan ISTIQAMAH ULANGAN. Ini paling PENTING.
11. Bahkan hafazan2 cepat di kalangan para ulama silam tidaklah menjadi ‘tajuk’ utama dalam bidang tahfiz, tetapi yang utama ialah mereka MENGULANGI bacaan, KHATAM 3 HARI atau SEMINGGU atau sebulan, atau masa tertentu yg ISTIQAMAH hgga mati.
12. Saya menyeru kepada para ibu bapa bahawa SEGERA KHATAM tidak dijadikan perkara paling penting tetapi, MURAJAAH ULANGKAJI, inilah dilakukan oleh leluhur kita para salafus soleh dari dulu hingga kini.
13. اللهم اجعلنا منهم امين